Saturday 21 February 2015

Cuti2 Hutan Belum & Tasik Banding

Bagi yg mahukan kelainan bercuti berserta sedikit kelasakan.. Tasik Banding- Empangan Temenggor , Lembah dan Hutan Belum mungkin pilihan yg agak baik..

Banyak pakej2 boleh didapati. Namun, kalau tersalah pilih pakej2 ini mungkin bertindan2 dan tidak mengoptimumkan masa dan wang kita..

Sebelum memilih pakej, terdapat beberapa point penting yg boleh diambil kira.
1) "Bird Watching" itu bermusim..! Klu berniat utk aktiviti tersebut, pastikan anda datang di musim buah sahaja.. 

Kalau tidak, hehehe mgadap batang pokok jer lah jawabnya..;) 

2) pakej rafflesia .. Kadang2 tertipu.. Sebab penat2 sampai cuma kudup dan bunga yg dah hitam layu dan hancur sahaja kelihatan..

3) tak perlu memilih boat cruise kalau anda memang berniat untuk ke Temenggor walk atau Lembah Belum discovery..

4) animal salt lick ada juga di Bukit Paloh, kalau anda bermalam di Banding Lakeside Inn, anda cuma perlu mengambil pakej Temenggor Walk dan Bukit Paloh jungle tracking.. 

5) banyak boat2 awam beserta trip2 awam di jeti awam.. Jadi anda mungkin x perlu mengambil pakej2 dari hotel.. Harganya sedikit murah.. Dan dua2 mungkin x dak INSURANCE Coverage:- 

6) Terdapat Pakej2 lasak luar hotel dan tidur dlm hutan yg lebih mencabar..
Harga2 seperti Rm 150 utk 3 siang dan 2 mlm termasuk mkn dan trip boat...


7) sewa boat 12 seaters: rm 800 sehari
Sewa house boat: rm 2800 utk 25 orang utk dua hari semlm 


8) teringin nak mkn ikan fresh tanpa memancing? Beli ajer kat jeti awam... 
Ikan kelah rm 80-200 sekilo, ikan baung rm 25-40 sekilo.. 

9) Hutan Belum x sama dgn Lembah Belum. Permit diperlukan utk ke Hutan Belum sahaja sekurang2nya SEMINGGU SEBELUM ekspidisi.. 

Balik masak..! Jgn lupa bawa bekas ais naaa... Klu x jenuh menilau kat Pekan Grik cari bekas dgn ais... 

Selamat menikmati aktiviti lasak sebagai "break" sebelum kembali beramal dan berjihad dalam bekerja dalam bidang masing2..   

Sunday 15 February 2015

Menuntut di usia matang...

Fuhhhh! Allah SWT saja yg Maha Tahu,istighfar dan selawat serta doa dlm perjln ini..

Huhuhu apa taknya...meredah jem dgn total tempoh perjlnn yg lebih panjang dari kelas.. 

AlHamdulilLah, sampai 1/2 jam awal.. Itupyb kelyar sebelum pukul 7 pagi. Terbabas bacaan 10 halaman  AlQuran di Subuh hari...

Perjalanan yg memakan masa 96 minit.. 

Yes! Klas Allughatul Arabiyah dgn Prof Hassan Negar.. Ku calit2 buku vocab.. Hihihi ngelat sungguh .. After that weekend yg penuh dgn kudapan demi kudapan... Ya Allah berkati lah usaha ini dan jadikanlah pelaburan yg baik;)Aminn